Lu Chongshan begitu marah bila melihat Ning Xi bukan sekadar tidak mendengar amarannya, malah menggunakan tangannya yang kotor untuk menyentuh Si Cilik. Dia ingin menengking gadis itu, tapi entah kenapa mulut terkunci...
Walaupun Ban Kecil agak mamai kerana demam panas, minda bawah sedarnya seperti tahu yang dia sedang dipeluk oleh Ning Xi. Dia serta-merta menggunakan tangan kecilnya untuk memegang hujung baju Ning Xi dengan kuat. Wajahnya yang kemerah-merahan pula disembamkan ke leher Ning Xi.
Ning Xi sebenarnya hanya berpura-pura bertenang. Bila Si Cilik memeluknya dengan erat di bawah sedar, dia tidak dapat menahan dirinya daripada berasa sebak. Tetapi, dia hanya mampu menahan air matanya daripada mengalir kerana ada terlalu ramai orang di dalam bilik itu. Matanya mula berkaca...