"Uh… Bos… Nak terus ke depan ke?" Cheng Feng bertanya dengan berhati-hati.
Ekspresi marah yang dihalakan kepadanya ialah petujuk yang jelas lebih baik dia diamkan diri.
Lu Tingxiao merenung tajam Cheng Feng.
Cheng Feng serta-merta terdiam, dia berhenti bertanyakan soalan-soalan bodoh dan terus memandu…
"Shangze, bila kawan yang nak jemput saya sampai nanti kamu jangan panggil saya "Bos", panggil nama saya je!" Ning Xi mengingatkan Gong Shangze.
Lagipun, dia di depan Bos Besar. Jika dipanggil "Bos" pula oleh orang lain itu agak tak tahu malu.
"Okey, saya faham!" balas Gong Shangze dengan patuh.
Ning Xi tak perasan sebuah kereta hitam berhenti di tepinya kerana dia sibuk mencari telefon di dalam beg.
Cheng Feng buka pintu dan keluar dahulu. Dia berjalan dengan cepat untuk buka pintu belakang dan sepasang kaki yang panjang keluar.