Keesokannya, Ning Xi membawa Gong Shangze balik.
Di atas kapal terbang, Gong Shangze merenung ke luar tingkap. "Saya ingat saya tak akan dapat pulang ke rumah lagi dalam kehidupan yang ni…"
Ning Xi menongkat kepalanya dan menggerakkan kakinya, "Sekarang kita terbang untuk pulang! Walaupun lelaki tu dah curi banyak draf rekaan kamu, semua tu akan habis satu hari nanti. Kita pula ada ilham yang takkan habis dalam minda kamu!"
Wajah suram Gong Shangze bertukar riang apabila melihat Ning Xi yang bersemangat tinggi di sebelahnya. Dia mengangguk, "Mmm!"
Selepas kejadian itu, dia membenci seluruh dunia dan ketidakadilan dalam hidupnya. Dia malah membenci dirinya sendiri. Dalam keadaan emosi negatif yang membelenggu hatinya, jangankan hendak buat rekaan, seluruh hidupnya dirasakan tak berguna.
Dia tak pernah terfikir bahawa dia akan jumpa seseorang seperti Ning Xi pada satu petang yang biasa.