Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 485 - Musim Bunga yang Tidak Berkesudahan

Chapter 485 - Musim Bunga yang Tidak Berkesudahan

"Ini daripada keluaran pertama musim bunga semasa Studio Neon baru ditubuhkan! Saya ingat lagi… temanya Musim Bunga Yang Tak Berkesudahan!"

Pengemis itu meneruskan dan mengatakan unsur utama tema itu ialah bunga. Bunga buatan tangan di baju itu dibuat seakan-akan bunga sebenar, seolah-olah ia akan mekar dari baju itu bila-bila masa, bersesuaian dengan temanya.

"Saya peminat tegar Neon!" Ning Xi beritahu pengemis itu dengan bangga. Dia mula percaya bahawa pengemis itu ialah pereka Neon.

Cara pengemis itu melihat gambar-gambar itu seakan-akan seorang ibu yang memandang anaknya dengan sangat bangga. 

Tak mungkin dia akan memandangnya begitu kalau dia bukan pereka sebenar yang bersungguh-sungguh menghasilkan pakaian-pakaian itu.

Pengemis itu terus memberitahu Ning Xi butiran untuk setiap pakaian termasuk inspirasi di sebalik setiap rekaan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS