Pengemis itu terkejut sebaik sahaja mendengar soalan Ning Xi. Tiba-tiba, dia menjadi senyap dan baring di lantai untuk mengelak pandangan Ning Xi.
Ning Xi mengusap dagunya dan pergi.
Pengemis itu membuka matanya apabila dia dengar bunyi tapak kaki Ning Xi menjauh. Kemudian, dia merenung beg-beg baju History yang Ning Xi tinggalkan.
Tak lama selepas itu, dia dengar bunyi tapak kaki menghampirinya. Dia tunduk dan menutup mata sebelum tapak kaki itu berhenti betul-betul di depannya. Dia menggoncang mangkuknya yang ada sedikit baki. Kemudian dia dengar bunyi "thump" yang kuat di sebelahnya.
Dia membuka mata dan melihat tin bir berada di depannya.
Pengemis itu duduk dan cepat-cepat mengambil bir itu dan merasai nikmat kesejukan bir yang menuruni tekaknya. Dia mendongak dan melihat Ning Xi di depannya. Ning Xi meletak sedozen tin bir di sebelah pengemis itu.
"Apa ni?" Pengemis itu tertanya-tanya.