"Kakak..." Ning Xi baru sahaja berkira-kira untuk menjerit dan mula berlari ke arah perempuan itu. Tetapi, hasratnya terhenti bila dia melihat ada beberapa orang lelaki lengkap bersenjata turut turun dari helikopter itu.
Ning Xi cepat-cepat menjerit ke arah Bardy dan bos tidak berguna yang bernama Zeus itu, "Lari!"
Sebaik sahaja mereka berada di tempat yang selamat, ruang itu tiba-tiba dipenuhi dengan bunyi tembakan senjata api dan jeritan manusia...
Ning Xi bersembunyi di sebalik bayang-bayang. Ada peluh sejuk yang mengalir di dahinya. Kalau dia terlambat sesaat saja tadi, pasti nyawanya sudah terkorban!
Sepuluh minit kemudian, kawasan itu menjadi sunyi sepi.
Jeffrey dan orang-orangnya sudah terbunuh!
Bardy dan bos yang tidak berguna itu tergamam. Kalau bukan disebabkan oleh Ning Xi, mereka pasti sudah lama mati.