Ning Xi mematikan telefon bimbit itu. Dia mengagak yang sekumpulan lelaki yang berada di luar bangunan itu adalah orang-orang yang dimaksudkan oleh Jeffrey.
Ning Xi mengambil keputusan untuk mengekori mereka tidak lama selepas mereka pergi dari situ.
Dia ingin tahu siapa sebenarnya lelaki bernama Jeffrey yang telah mengupah pembunuh upahan berkelas B untuk membunuh orang itu!
Ning Xi membawa tangkal tuahnya dan mengekori sekumpulan lelaki warga asing itu dengan langkah berhati-hati.
Sejam kemudian, mereka tiba di sebuah vila yang dikawal ketat oleh beberapa orang lelaki di sebuah kawasan terpencil.
"Si Jeffrey ni pemilik vila ni ke?" Ning Xi menggumam sendiri. Kalau memang betul ini adalah markas utama mereka, dia berasa lebih baik dia tidak membuat apa-apa tindakan buat masa sekarang.