Ning Xi tunggu agak lama di dalam rumah yang sejuk itu tetapi pemiliknya tetap tidak pulang.
Selepas beberapa ketika, Ning Xi bangun dan tertarik dengan figura-figura kartun di atas meja.
Matanya memerhatikan figura-figura kartun itu dan dia tersenyum. Orang tu masih tak berubah, seperti hidup dalam dunia dua dimensi.
"Tapi… ini agak menarik." Ning Xi mengambil satu figura dan bermain dengannya untuk mengisi masa sementara menunggu.
Figura itu sangat cantik. Setiap milimeter kelihatan disempurnakan dengan terperinci. Gaya watak itu agak istimewa, kedua-dua tangan memegang senapang yang sangat realistik dengan postur yang sombong tetapi malas.
"Saya ada dua senapang…"
Figura kartun itu tiba-tiba bercakap apabila Ning Xi tersentuh satu suis pada figura itu secara tak sengaja.
Ning Xi terkejut dan ketakutan, dia melepaskan figura itu daripada tangannya tanpa sengaja.
"Saya ada dua senapang… satu dipanggil 'tembak'…"