Keesokan pagi. Di dalam bangunan syarikat Noble.
Mereka menaiki lif ke tingkat teratas dan berjalan melepasi banyak paparan kaca yang menunjukkan imej-imej minyak wangi sebelum mereka sampai ke tempat uji bakat itu.
Ning Xi membuntuti Lin Zhizhi. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, dia tergamam melihat pemandangan di dalam ruang uji bakat itu.
Ruang itu dipenuhi dengan bintang-bintang ternama dan mereka adalah artis yang cukup terkenal di dalam industri hiburan. Hanya ada beberapa artis baru di situ. Malah, semua orang memakai pakaian yang sangat menarik dan berkilauan hari ini semata-mata untuk memenuhi tema 'mulia' itu.
Kebanyakan mereka yang ada di situ mengenali diri masing-masing dan mereka saling berbual. Manakala, artis-artis baru pula sedang sibuk menggunakan peluang itu untuk membodek artis-artis ternama. Keadaan di dalam ruang sangat meriah.