Wajah keruh Lu Tingxiao terbayang di mata Ning Xi selepas lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Walaupun Lu Tingxiao sangat marah, lelaki itu sedaya-upaya menahan perasaan marahnya itu supaya Ning Xi tidak takut padanya.
Malah, dia langsung tidak bertanya atau bercakap apa-apa tentang kejadian tadi. Padahal, lelaki itu melihat sendiri bagaimana dia membunuh orang-orang itu. Lu Tingxiao melayannya dengan lembut seperti biasa...
Hati Ning Xi terasa hangat. Dia memeluk tubuhnya erat. Kemudian, dia membetulkan suaranya dan mula menyanyi, "Saya tak tahu apa yang saya rasa bila saya jatuh cinta dengan kamu; pertemuan kita adalah hal terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya... Kamulah yang menemani saya melalui rintangan hujan dan ribut, saya ingin bersama kamu... Jarak di antara kita begitu dekat..."
Walaupun Lu Tingxiao tidak dapat melihatnya, dia tahu yang lelaki itu boleh mendengar dia menyanyi.