Perempuan asing itu berjalan dengan laju tetapi terkawal, bajunya yang ketat menunjukkan bentuk badannya yang langsing.
"Perempuan sihir, kamu berani berdepan dengan saya tanpa pistol? Saya akan bunuh kamu sekarang!" Konco Shi Xiao menjerit, peluh menitik daripada dahinya apabila jiwa mudanya yang berani memberi dorongan kepadanya untuk berdepan perempuan itu.
Perempuan asing itu menjatuhkannya tanpa bercakap sepatah pun.
Lelaki itu menjadi lebih marah kerana didorong dengan tanggapan bahawa mereka semua akan mati. Matlamat utamanya sekarang ialah membunuh perempuan itu!
Lelaki itu menjerit dan berlari ke arah perempuan itu sambil menggenggam penumbuknya untuk dihayunkan kepada kepala perempuan itu.
Sebelum lelaki itu sempat menghayunkan penumbuknya, ada bayangan gelap lalu di depannya. Dia terdengar bunyi angin sebelum merasa sakit di rahangnya. Dia jatuh seperti nangka busuk dan menghempap tiang besi yang mengeluarkan bunyi yang kuat.