Dia patut mempercayai nalurinya yang curiga mengapa bos mereka kumpulkan mereka di tempat ini.
"Shi Xiao, lari! Cepat, ini perangkap! Bos tiada di sini!" Xiong Zhi melolong seperti binatang, urat di dahinya timbul dan matanya merah.
Sebelum Shi Xiao sempat berkata apa-apa, cahaya yang sangat silau dipasang dan kilang senjata yang gelap gelita itu tiba-tiba menjadi terang.
Kumpulan Shi Xiao dan Xiong Zhi mengecilkan mata kerana silau dan mereka mendengar bunyi pintu kilang senjata itu ditutup.
Selepas mata Shi Xiao terbiasa dengan cahaya yang silau itu, dia melihat pintu logam itu sudah pun dikunci dan memerangkap mereka semua di dalamnya.
"Hahaha, kamu semua bodoh!"
Mereka mendengar bunyi tapak kaki dan suara yang bertutur bahasa Mandarin dari dalam kilang senjata.
Empat lelaki asing berbaju ketat muncul dengan otot mereka yang membonjol diikuti seorang perempuan asing berambut panjang berpakaian hitam.