Ning Xi pulang ke rumahnya selepas membeli hadiah.
Selepas dia keluar dari lif, dia mengeluarkan kuncinya sambil berjalan menuju rumahnya. Apabila dia mendongak, dia melihat sorang lelaki berbadan sasa sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah dan menghalang laluannya.
Ning Xi tergamam. Dia menyemak semula nombor rumah untuk melihat sekiranya dia tersilap rumah.
"Uh, kamu siapa? Ini rumah saya dan kamu sedang menghalang laluan."
"Cik Ning, saya Xiong Zhi. Bos saya minta saya melindungi kamu," balas lelaki itu. Dia bergerak ke tepi dengan patuh untuk memberi laluan dan terus berdiri di situ seperti seorang pengawal peribadi.
Ning Xi terkejut dengan jawapannya, "Bos? Siapa bos kamu?"
Xiong Zhi menjawab, "Nama keluarganya Lu."
"Lu… adakah Lu Tingxiao?"
Xiong Zhi mengangguk, "Ya."
Ning Xi berasa jengkel, "Apa yang dia fikirkan? Kenapa dia tiba-tiba menyuruh kamu melindungi saya?"