Pemilik Perbendaharaan Jed menggigil ketakutan selepas mendengar apa yang Liang Biqin katakan. Dia cuba menghalangnya daripada berkata-kata lagi tetapi sudah terlambat.
Lelaki pertengahan usia itu hanya menjeling Liang Biqin secara acuh tak acuh, kemudian dia mengalih pandangannya kepada pemilik Perbendaharaan Jed. Dia nampak berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu melayan Ning Xi sebentar tadi. Auranya terserlah dan keramahan dalam suaranya telah hilang. Dia bertanya, "Kenapa saya tak dimaklum tentang barang-barang yang dihentikan pameran tu?"
Pemilik kedai itu tidak dapat bertahan lagi dan tergagap-gagap ketakutan, "Pengurus Yu… ini bukan seperti yang tuan fikir… saya tak maksudkan begitu"
Kumpulan Su Yimo dan Liang Biqin terkejut melihat pemilik itu yang sedang dalam ketakutan.
Liang Biqin yang memarahi lelaki itu sebentar tadi juga tergamam, "Pengurus… Yu?"
Riak wajah Su Yimo juga berubah. Nama keluarganya Yu... mungkinkah…