Sebentar tadi, pemilik kedai Perbendaharaan Jed sudah pun memanggil pengawal keselamatan dan berfikir untuk menggunakan kekerasan sekiranya Ning Xi tidak mahu pergi.
Hari ini sepatutnya sempurna, tetapi malangnya wanita ini asyik menyusahkannya dan hampir menyinggung perasaan pelanggan VIPnya. Menyusahkan!
Ning Xi menjeling ke arah pengawal keselamatan yang kecil dan tidak kelihatan sasa itu. Satu suara formal dan berbudi bahasa menegurnya semasa dia baru hendak berkata sesuatu, "Cik hendak beli jed?"
Ning Xi mendongak dan melihat seorang lelaki pertengahan usia, "Ya. Ada apa ini?"
Lelaki pertengahan usia itu mengangguk dengan hormat, "Bolehkah saya melayan Cik?"