Liang Biqin dan kumpulannya terus menghina Ning Xi tanpa henti. Setiap perkataan lebih kasar dari sebelumnya, semata-mata untuk memalukan Ning Xi sebagai balasan untuk apa yang terjadi di syarikat tempoh hari.
Ning Xi sangkakan apabila semua orang berpihak kepada Su Yimo, maka dia boleh berasa tenang. Tetapi sebaliknya, semua orang menjadi agresif terhadapnya secara tiba-tiba. Kemudian dia berpura-pura terkejut, "Eh, Liang Yang Cantik dan Senior Su, rakan-rakan sekerja saya pun ada di sini juga? Kamu semua… bercakap dengan saya tadi?"
Kata-kata Ning Xi membuatkan Liang Biqin marah, "Kamu buta?! Kamu baru sedar setelah lama kami di sini!"
Jadi hinaannya sejak tadi hanyalah monolog?
"Hah" Di kedai seberang, seorang lelaki ketawa sambil menghirup tehnya. Perempuan ini kelihatan lemah seperti arnab yang kecil tetapi kukunya sangat tajam!