Di pusat membeli-belah terbesar di Empayar.
Selepas mencari buat seketika, akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapatkan barangan jed.
Lelaki tua itu seorang penganut Buddha yang sukakan jed, jadi gelang yang diperbuat daripada manik-manik jed sesuai dijadikan hadiah untuknya.
Sebagai peminat nombor satu iblis itu dan kepercayaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap bosnya, Ning Xi langsung tidak melihat ke kedai yang lain dan terus menuju ke Perbendaharaan Jed.
Sebaik Ning Xi melangkah masuk, seorang lelaki yang sedikit gempal dan memakai rompi dengan gaya lama serta bermata sepet datang menyambutnya, "Hai si cantik, nak cari apa?"
Hari ini Ning Xi memakai pakaian kasual yang tidak akan menarik perhatian sesiapa. Jika dilihat dengan lebih dekat barulah orang akan tertarik dengan wajahnya yang comel.