Yan Ruyi sudah pun bersedia untuk perkara buruk apabila dia bertanya dengan bimbang, "Tuan, ada apa-apa cara untuk selesaikan hal ini? Saya akan lakukan apa sahaja asalkan Tuan boleh selesaikan nasib buruk anak saya!"
Xuan Jing menggelengkan kepalanya dan berkata, "PuanYan, kamu tidak perlu risau. Tolong dengar apa yang sami tua ini akan katakan."
Dia risau Yan Ruyi tidak dapat memahaminya, jadi Xuan Jing mencuba sehabis baik untuk menggunakan kata-kata yang mudah kepadanya, "Daripada gambaran ini, perempuan ini memang memegang takdir Bintang Syaitan Sunyi. Bagaimanapun Puan Yan, jika seseorang daripada takdir ini diberkati dengan umur yang panjang dan jiwa yang baik, maka dia juga mungkin boleh memperoleh tuah yang baik. Dia juga boleh mengamalkan ajaran Buddha, membuat banyak amalan kebajikan untuk mendapat karma yang baik serta, berusaha bersungguh-sungguh, takdirnya juga boleh berubah."