Ning Xi tiba-tiba berasa janggal dan terus menutup mikrofonnya, "Ehem, bila kamu sampai?"
Lu Tingxiao tak mungkin telah melihat dia sedang memarahi seseorang bukan? Harapnya tidak!!
"Sebenarnya, saya tidaklah mudah marah seperti ini apabila saya bermain permainan video dan saya tak akan marah-marah tanpa sebab.Ini semua disebabkan Jiang Muye yang sangat teruk dalam permainannya hari ini..." Ning Xi masih menyalahkan Jiang Muye.
Senyuman kecil terukir di bibir Lu Tingxiao, "Comelnya."
Kata-kata yang keluar daripada mulut Li Tingxiao itu membuat Ning Xi keliru sedikit, "Ah, apa yang comel?"
"Kamulah sewaktu berkata-kata dengan kesat."
Ning Xi tergamam seketika.
Syaitan, kamu ni memang tak ada perikemanusiaan ke? Saya sudah cukup terluka dan awak masih tidak mahu melepaskan saya…
"Makan malam sudah tersedia, mahu turun makan di bawah dulu?" tanya Lu Tingxiao.
"Mmmm, makan malam!" Ning Xi betul-betul teringin makan kobis!