Lu Tingxiao seolah-olah baru saja mengatakan perkara yang masuk akal kerana riak mukanya kekal seperti biasa sambil dia membuka satu pelayar web, "Muat turun permainan video itu."
"Oh, oh…baiklah…" Ning Xi cepat-cepat mengambil tetikus.
Walau bagaimanapun, Lu Tingxiao belum mengalihkan tangannya lagi, jadi dia terpegang tangan lelaki itu tanpa sengaja dan cepat-cepat melepaskan tangan itu semula, "Maaf, maaf, maaf…"
Ning Xi baru saja duduk tegak untuk meminta maaf apabila kepalanya terbenam ke dada Lu Tingxiao…
Ning Xi terdiam…
Lu Tingxiao menyentuh kepala Ning Xi dan berkata dengan lembut apabila menyedari riak wajah terkejutnya, "Saya tak akan ganggu kamu lagi. Saya akan pergi periksa dapur di tingkat bawah. Panggil saya kalau kamu ada apa-apa masalah."
Ning Xi mengangguk dengan bersungguh-sungguh, "Okey, okey!"