Gadis itu sedang nyenyak tidur di atas katil yang besar dan empuk itu. Pipinya kemerahan dan rambutnya yang hitam berkilat itu begitu kontra dengan bantal putih yang berada di bawah kepalanya...
Hati Lu Tingxiao serta-merta berasa tenang. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di tepi katil. Dia tidak mahu berbuat apa-apa dan hanya ingin terus merenung gadis itu seperti ini...
Mmm, tak buat apa-apa?
Ketika ini, dengan pemandangan seperti ini...
Ia agak mustahil...
Sejak Ning Xi meninggalkan Istana Platinum, dia sudah terlalu... terlalu lama tidak melihat wajah gadis itu dengan jarak yang begitu dekat...
Sudah terlalu lama dia tidak berada dekat dengan gadis itu...
Walaupun dia tahu yang dia tidak sepatutnya berbuat begitu, sekarang segala kewarasannya seperti sudah dilempar keluar dari tingkap dan yang ada cuma nafsu yang mula bermaharajalela.