Secara kesuluruhannya, watak utama perempuan dalam drama itu datang dari keluarga yang berada. Malah, dia datang dari keluarga yang paling kaya di kawasan itu. Datuknya mempunyai dua orang anak, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka berdua sukar mendapatkan zuriat, jadi tidak ada sesiapa untuk mewarisi perniagaan itu...
Akhirnya, ibu kepada watak utama perempuan mengandung dan keputusan imbasan mengatakan yang bayi itu adalah bayi lelaki!
Keluarga itu berasa sangat gembira!
Apa yang berlaku selepas itu sudah boleh dijangkakan. Selepas sembilan bulan, bayi itu rupanya adalah bayi perempuan!
Semua orang terkejut.
Ibu kepada watak utama perempuan itu tidak sanggup menahan malu dan turut sama menyalahkan dirinya. Jadi, bagi memastikan yang mereka dapat memenuhi kemahuan ayah mereka untuk mewarisi perniagaan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyuruh anak mereka menyamar sebagai lelaki.
Dia menyamar selama lebih dua puluh tahun!