Lin Zhizhi menyambung, "Tapi, kamu tak perlu risau yang kamu tak akan buat apa-apa bulan ni. Memandangkan kamu ada banyak masa lapang sekarang, selain daripada penggambaran untuk iklan permainan video kamu tu, saya dah pilih beberapa skrip untuk kamu."
"Saya akan serah skrip-skrip tu kepada kamu selepas penggambaran hari ni selesai. Baca dengan teliti di rumah dan pilih yang mana yang kamu suka. Saya juga akan cari projek-projek seperti rancangan siaran langsung untuk kamu!"
Ning Xi kembali gembira selepas mendengar yang ada skrip yang perlu dibaca olehnya. "Okey! Terima kasih, Kak Zhizhi! Kamu memang hebat!"
Jiang Muye menggosok bulu roma yang meremang di lengannya. "Kamu berdua dah selesai berkasih sayang? Boleh kita pergi sekarang?"
"JOM! JOM! JOM! Jom cari wang!"
...
Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah studio di syarikat permainan video.