Jiang Muye menatal perbualan-perbualan di rangkaian dan dia kelihatan kagum. Matanya bersinar-sinar dan dia menepuk bahu Ning Xi. "Ning Xiao Xi, bagus! Sangat bagus! Saya rasa lega sekarang. Nampaknya kamu memang dengar nasihat saya. Boleh tahan. Teruskan ya!"
Ning Xi buat muka menyampah. Kemudian, dia memandang Lin Zhizhi dengan gementar. "Kak Zhizhi, kamu rasa cara saya tangani masalah ni keterlaluan ke?"
Lin Zhizhi terdiam sebentar sebelum menjawab, "Dalam situasi macam tu, tindakan kamu tu hampir sempurna. Tapi, memang ia agak keterlaluan..."
Kebimbangan Lin Zhizhi berasas kerana semua orang di dalam syarikat itu tahu yang Su Yimo mempunyai penyokong dari Syarikat Lu.
Walaupun Ning Xi mempunyai hubungan yang baik dengan Lu Jingli, ia tetap bahaya.
Apa yang paling dirisaukan olehnya adalah sayap Ning Xi akan patah sebelum bulu-bulunya sempat tumbuh.