Tiba-tiba, dia teringat segala kesusahan yang dilaluinya beberapa tahun kebelakangan ini. Perasaannya bercampur-baur...
Dia selalu fikir yang apa yang dilakukan olehnya selama ini adalah sia-sia. Dia fikir yang tiada siapa akan melihat kerja kerasnya walau sebanyak mana pun dia berusaha. Tapi, hari ini dia dapat tahu yang sekurang-kurangnya ada seseorang di luar sana yang memberi perhatian kepadanya...
Bai Lu sedikit teruja dan dia berkata dengan suara yang terketar-ketar, "Terima kasih... Ning Xi, saya sangat bersyukur! Tentang anugerah... Saya langsung tak fikir pasal tu. Asalkan saya boleh kekal dalam syarikat dan dapatkan wang..."
Bai Lu tersenyum pahit. "Sebenarnya, sebelum ni saya pernah fikir nak tukar karier, tapi saya sedar yang sepuluh tahun adalah tempoh yang terlalu lama dan berlakon sudah menjadi sebati dalam hidup saya. Saya tak tahu apa-apa selain berlakon..."