Ning Xi cuba meyakinkan Bai Lu dengan pandangannya. Kemudian, apabila bunyi bising orang ramai semakin reda, dia berkata, "Senior Su, Kak Meixin, tidak kisahlah sama ada baju ini adalah harta syarikat atau pun tidak, atau sama ada otak saya memang bermasalah, saya tetap dah ikut arahan kamu untuk bawa baju yang sama standardnya. Apa yang kamu patut buat adalah tunaikan janji kamu dan tutup kes ni. Apa yang akan berlaku selepas ni biar saya yang bertanggungjawab dan ia bukan urusan kamu!"
Mata Su Yimo berubah tajam.
Zhao Meixin ingin membalas kata-kata Ning Xi, tapi kepalanya terasa kosong dan dia hanya mampu berdiri kaku di situ.
Liang Biqin sudah tidak mampu bertahan lagi, lalu dia berkata, "Merepek betul semua ni! Mengarut!"
Ning Xi mengjongketkan bahunya dan berkata, "Ramai saksi di sini yang dengar janji kamu tadi. Saya tak tokok tambah apa-apa pun."