Malah, ia bukan sahaja jenama GE, tapi juga adalah salah satu rekaan yang lebih istimewa dan satu-satunya gaun tidur yang ada di dalam siri itu. Sebab itu gaya rekaannya agak berbeza dengan yang lain.
Kainnya lembut dan agak legap untuk keselesaan si pemakai. Materialnya pula sebenarnya diperbuat daripada sutera asli yang dituai jarang-jarang sekali, secara tidak langsung menjadikannya sangat mahal...
Su Yimo memeriksa gaun itu dengan lebih teliti. Nasib baik material seperti ini sangat kukuh dan gaun itu tidak rosak di mana-mana bahagian, jadi dia melepaskan keluhan lega.
Walaupun dia sangat sukakan jenama ini, gaun ini adalah milik Ning Xi, Si Perempuan Bertaraf Rendah tu!
Apabila Su Yimo sedar yang dia baru sahaja melepas keluhan lega untuk gaun Ning Xi, dia berasa semakin terhina. Lantas, dia cepat-cepat melemparkan gaun itu kepada Zhao Meixin...