Memang tiada siapa di dalam syarikat ini yang berani menolak permintaannya. Amat mudah sekiranya dia ingin menghalau seseorang dari syarikat itu. Dia hanya perlu bercakap dengan pengurus Bai Lu.
Sebaik sahaja Bai Lu mendengar kata-kata itu, dia serta-merta berasa cemas. Dia melutut dan merayu sambil memegang kuat gaun yang dipakai oleh Su Yimo. "Kak Yimo, saya merayu pada kamu! Tolonglah jangan halau saya! Saya sanggup buat apa saja untuk kamu, asalkan kamu tak halau saya keluar! Tolonglah... Saya merayu..."
Bai Lu tidak henti-henti merayu dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba, ada seseorang memakai baju merah jambu masuk ke dalam.
Oleh sebab Bai Lu sedang melutut di tengah-tengah ruang legar, Ning Xi tidak sempat untuk mengelak dan tidak sengaja terlanggar gadis itu...
"Ah!" Bai Lu tersungkur dan menjerit.
Bahagian gaun Su Yimo yang dipegangnya tadi secara tidak sengaja tertarik dengan agak kuat...