Di Syarikat Hiburan Keagungan Dunia,
Di dalam dewan di tingkat bawah, Su Yimo yang memakai pakaian panjang berwarna putih, membuat riak muka menyampah apabila terlihat sebahagian kainnya kotor.
Pada ketika itu, seorang perempuan yang bergaya sedang memarahi seorang artis wanita yang lebih tua. "Bai Lu, adakah kamu tidak tahu buat apa-apa langsung ke? Macam mana kamu boleh kotorkan pakaian Kak Yimo dengan menyembur air untuk mengelap lantai? Kamu tahu berapa harga pakaian ini?"
Zhao Meixin, pengurus Su Yimo menyilang tangannya dan mencemuh, "Duit? Ini adalah edisi terhad jenama Chanel dari musim ini. Masih belum di pasaran untuk dijual lagi! Yimo mendapat pakaian ini hanya kerana dia menandatangani kontrak untuk menjadi jurucakap mereka! Kamu tak boleh membelinya dengan duit."