Di atas pentas, Ning Xueluo memandang ke arah Su Yan dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia dapat mengagak tujuan di sebalik panggilan telefon yang dibuat oleh kekasihnya itu.
Memang ada seorang tukang masak legenda di dalam keluarga Su akhir-akhir ini iaitu pengasas restoran terbaik di China, Teratai Hijau. Lelaki itu berpengalaman menyediakan hidangan untuk menteri-menteri terhormat dari Britain, Perancis dan Jerman. Dia juga dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sememangnya terkenal dengan chef-chef bertaraf dunia. Sejak dia masih setahun jagung, dia sudah mencapai banyak keputusan yang memberansangkan. Tapi, kebelakangan tahun ini, dia lebih gemar menyendiri dan jarang sekali memunculkan diri di khalayak ramai.
Seorang chef berpengaruh sepertinya sebenarnya mempunyai pertalian yang kuat dengan keluarga Su. Sebenarnya, Su Yan hanya mampu menjemput William Fee disebabkan oleh He Xin.