Di luar bar, ada sebuah jalan yang dipenuhi dengan pokok-pokok gingko.
Malam agak dingin sewaktu satu pasangan berjalan perlahan-lahan di sepanjang jalan yang sunyi itu.
"Kamu okey?" tanya Lu Tingxiao dengan prihatin.
Ning Xi menggelengkan kepalanya. Dia masih belum mampu bertenang selepas melihat kejadian tadi. "Macam mana kamu boleh muncul dengan tiba-tiba tadi?"
"Saya sedang berbincang di tingkat atas dan baru sahaja selesai. Saya nampak kamu sewaktu saya dah nak balik." Lu Tingxiao menjelaskan.
"Oh..." Ning Xi tidak tahu apa yang patut dikatakan dan dia hanya membalas, "Terima kasih sebab dah selamatkan saya dari situasi itu tadi."
Lu Tingxiao hanya mengangkat bahunya dengan selamba. "Kamu tak perlu berterima kasih pada saya. Saya tahu yang kalau saya tak muncul sekalipun, kamu mampu selesaikan hal tu sendiri. Saya cuma tak nak kamu kotorkan tangan kamu."