"Abang Yan, kenapa kamu datang? Bukankah saya telah pesan supaya tidak perlu datang jemput saya?" Ning Xueluo kelihatan seperti seekor burung kecil yang terbang dengan gembira kepada lelakinya.
"Saya bimbang. Sekarang hujan di luar." Su Yang menanggalkan jaket dan meletaknya di atas bahu Ning Xueluo. Pandangannya tidak puas hati, "Kenapa kamu pakai begitu sikit?"
Wajah Ning Xueluo manis seperti madu. "Oh kamu, kamu ingat umur saya berapa. Kamu masih melayan saya seperti budak kecil!"
Tubuh Ning Xi tidak stabil sambil menyandar badannya ke dinding yang sejuk. Dia terasa dirinya sungguh malang.
Sepanjang malam itu, dia terpaksa menyaksikan pertunjukan kasih sayang Ayah kepada Ning Xueluo. Sekarang, dia terpaksa menyaksikan kisah cinta Ning Xueluo.
Seolah-olah ia tidak mencukupi, Ning Xueluo sengaja meraih lengan Su Yan dan turut menarik Ning Xi, sambil berkata dengan sopan, "Adik Junior, saya lihat kamu sudah mabuk. Apa kata kita balik bersama? Teman lelaki saya akan menghantar kamu pulang!"
Ning Xueluo sengaja menekankan perkataan 'teman lelaki'.
Semasa itu, baru Su Yan sedar wanita di depannya itu adalah Ning Xi. Anak matanya membesar.
Ning Xi…
Sudah sekian lama.
Mereka tidak pernah bertemu semula selepas Ning Xi pergi ke luar negara. Walaupun sejak dia kembali, dia hanya beberapa kali melihatnya dari jauh ketika menjemput Xueluo balik dari syarikat.
Dia tidak bersedia dengan apa yang dilihatnya. Perubahan wanita ini begitu mendadak sehingga dia hampir tidak mengenalinya.
Gadis yang selalu bertocang dan berpakaian bunga pada masa lalu telah menjadi seorang wanita yang mampu menangkap hati semua lelaki…
Melihat pandangan Su Yan kepada Ning Xi, mata Ning Xueluo melirik garang. Dia menarik lengan teman lelakinya sambil bertanya, "Abang Yan, apa pendapat kamu?"
Su Yan tersedar dari lamunan dan segera mengangguk dan menjawab, "Ya, tiada masalah."
"Adik Junior Ning…Adik Junior Ning? Kamu okey?" Ning Xueluo berpura-pura risau.
Ning Xi melambaikan tangan dan menggelengkan kepala. Disebabkan alkoholi, fikirannya semakin kabur, jantungnya berdegup lebih kencang dan darahnya deras mengalir. Dia terasa seperti ada binatang yang melaung di dalam tubuhnya, ingin memecah keluar dan merobek kedua-dua muka palsu di depannya.
"Tidak perlu…" Ning Xi menuju ke tandas sebelum dia hilang kawalan.
Ning Xueluo tersenyum sinis melihat cara Ning Xi melarikan diri. Namun, apabila dia berpaling untuk melihat Su Yan, riak wajahnya kelihatan bersalah. "Abang Yan, nampaknya Xiao Xi masih tidak dapat memaafkan saya…saya sudah berusaha untuk memenangi hatinya. Dalam syarikat, saya cuba menjaga dia, tetapi dia tunjuk muka macam itu. Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya lakukan…"
"Jangan risau, Xiao Xi selalu macam ini. Berikan dia sedikit masa dan lama-kelamaan dia pasti akan memaafkan kamu!" Su Yan memujuknya dengan suara lembut.
Di luar hotel, para wanita dari kru sibuk mengagumi kereta mewah Su Yan.
"Saya baru periksa, Maserati ini bernilai sekurang-kurangnya 10 juta, mahalnya!"
"Saya juga mahu mencari teman lelaki yang kaya, entah berapa tahun lama baru saya jumpa!"
"Paling penting, dia tampan! Banyak selebriti kahwin dengan orang kaya, tetapi mereka semuanya gemuk dan lelaki pertengahan umur. Pandang saja sudah rasa meluat…"
…
Sementara semua orang sibuk bergosip, mereka semua nampak Su Yan dan Ning Xueluo meninggalkan hotel bersama-sama.
Pasangan cantik dan tampan yang berdiri bersama berjaya mencuri perhatian.
Semua orang cemburu apabila melihat Su Yan melindungi tubuh Ning Xueluo dengan jaketnya lalu melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu. Hanya selepas kereta itu hilang dari pandangan, baru mereka menghela nafas panjang.
Namun, tidak lama selepas kereta itu beredar, tiba-tiba kedengaran satu bunyi nyaring. Satu bayangan perak-putih muncul dan semakin dekat. Sebuah kereta sport dipandu dengan laju dan berhenti tepat di pintu masuk hotel.
Lebih penting lagi, kereta ini…
Kereta ini mempersonakan!
Begitu tampan, casis rendah, badan yang licin dan pintu gunting bergaya - ia satu karya seni…
Lebih penting lagi, harganya…
"Hebat! Itulah Bugatti Veyron SuperSport, kereta sport paling mahal di dunia. Ia bernilai kira-kira lebih dari satu billion yuan…wow…siapakah dewa kekayaan ini…?