Selepas memerhatikan Ning Xi sepanjang hari, Lu Chongshan sudah mula mengantuk. Tetapi, kata-kata Ning Xi membuatkan matanya kembali segar.
Akhirnya, masanya sudah tiba. Masa untuk kebenaran terbongkar!
"Kamu rasa apa yang dia nak bincangkan dengan Si Cilik?" Lu Chongshan bertanya kepada isterinya.
Yan Ruyi berfikir dan berkata, "Dia dah tahu betapa sayangnya kita pada Si Cilik dan dia tahu yang kita akan dengar cakap Si Cilik. Mungkin dia nak basuh otak Si Cilik dan suruh budak tu cakap benda baik-baik tentang dia pada kita?"
Lu Chongshan tersenyum sinis. "Bukan itu saja. Saya takut dia akan suruh Si Cilik mengamuk pada kita supaya kita biarkan dia kahwin dan masuk ke dalam keluarga Lu!"
Yan Ruyi mula bimbang apabila dia memikirkan lebih banyak kemungkinan-kemungkinan yang buruk. "Ini dah melampau! Macam mana orang sanggup mempergunakan budak kecil macam tu?"