Pada mulanya, Yan Ruyi sedikit teragak-agak. Tetapi, akhirnya dia bersetuju demi kebaikan Si Cilik. "Jangan beritahu Tingxiao. Kalau tak nanti dia akan mengamuk lagi!"
"Saya rasa dia sudah kena bomoh dengan perempuan tu! Tunggu saja sampai kita jumpa calon yang sesuai. Kita akan suruh dia pergi janji temu serta-merta! Saya tak percaya yang tak ada perempuan hebat di luar sana yang tak boleh menandingi perempuan tu!"
...
Selepas dia meninggalkan syarikat itu, Ning Xi terus balik ke pangsapurinya. Ketika dia sedang berbaring di atas katil sambil membaca berita hiburan, dia menerima sebuah panggilan dari orang yang tidak dikenali.
Dia menjawab panggilan itu dengan rasa curiga, "Helo?"
Kedengaran suara tegas seorang lelaki di hujung talian, "Helo, apa khabar? Ni Cik Ning Xi?"
"Ya. Kamu siapa ya?" tanya Ning Xi.