Selepas beberapa ketika, Lu Tingxiao tiba-tiba berkata, "Ning Xi, cita rasa seseorang boleh berubah."
Ning Xi keliru. "Hah? Apa maksud kamu? Apa kaitan hal ni dengan cita rasa seseorang?"
Lu Tingxiao menjawab, "Suatu hari nanti, kamu akan sedar yang kubis sebenarnya lebih sedap daripada lobak merah."
Ning Xi tercengang. Dia ni tak boleh terus-terang saja ke?
Lu Tingxiao menyentuh kepala gadis itu dan berkata, "Jom, selera orang yang baru bangun ni besar."
Lagipun, gadis itu baru saja membuat dia terkejut. Sangat mengagumkan yang dia masih lagi mampu mengawal rasa marahnya hingga sekarang...
Sebaik sahaja Ning Xi mendengar yang selera lelaki itu semakin baik, dia segera turun dari katil.
Lu Tingxiao memanggilnya dari belakang, "Tunggu."
"Uhh... Ada apa lagi?" Ning Xi berpaling dengan badan yang agak kaku.
"Ambil semua barang kamu," kata Lu Tingxiao.
"Saya dah ambil." Ning Xi mengerutkan dahinya.