Ning Xi terkejut memandang sebelah lagi gari yang melingkari pergelangan tangan Lu Tingxiao.
Ning Xi menjerit dengan marah apabila melihat gari berwarna merah jambu itu, "Lu Tingxiao, kamu dah melampau! Berani kamu guna benda jijik macam ni?"
Lu Tingxiao mengangkat sedikit keningnya. "Kamu pasti benda ni saya punya?"
"Tak mungkin milik saya, bukan?"
Ning Xi berasa ada sesuatu yang tak kena.
Tiba-tiba, Ning Xi sedar yang dia seperti pernah melihat gari ini...
"Ugh, kenapa gari ni nampak macam gari yang saya beli dengan harga $9.90 dari kedai mainan seks Taobao, gari yang saya beli untuk memukul Jiang Muye?"
Dia langsung tidak ingat di mana dia menyimpan gari itu dan tidak memikirkannya sewaktu dia mahu beredar tadi.
Ning Xi terasa seperti ingin menyepak dirinya sendiri. Situasi ini berlaku disebabkan dirinya sendiri.