Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 302 - Syaitan yang Terlalu Comel

Chapter 302 - Syaitan yang Terlalu Comel

"Anakku, kalau dia calon isteri kamu, hal ni tak akan jadi rumit macam ni kalau dia seorang artis sekali pun. Tapi, berbeza dengan Abang kamu, dia CEO Syarikat Lu dan peneraju utama empayar keluarga Lu. Pilihan calon isterinya sangat penting untuk keseluruhan keluarga Lu."

Lu Jingli mengerling abangnya. Dia nampak wajah abangnya yang tadi sinis dan degil kini berubah menjadi serius.

Sejak mereka kecil lagi, dia sudah biasa hidup di bawah perlindungan abangnya dan berbuat sesuka hatinya. Dia mempunyai hak untuk memilih orang yang disukai untuk dijadikan isteri, tapi abangnya tidak.

"Bro, saya..." Tiba-tiba, Lu Jingli tidak tahu apa yang patut dikatakan.

Lu Tingxiao menepuk-nepuk bahu adiknya dan memandang Lu Chongshan. Matanya yang dingin memancarkan aura angkuh dan dia berkata, "Ayah, selain daripada kamu dan Mak, tak ada siapa yang boleh mengubah keputusan saya."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS