Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 296 - Mencium Kedua-Duanya

Chapter 296 - Mencium Kedua-Duanya

Mata Lu Chongshan serta-merta mendarat pada cucu kesayangan yang sedang berdiri di sebelah Ning Xi. Selepas memastikan yang kanak-kanak itu baik-baik sahaja, matanya kembali merenung Ning Xi dengan tajam.

Walaupun Lu Chongshan sudah lama bersara, tetapi dia mempunyai pengalaman menguruskan Empayar selama bertahun-tahun, jadi jika dia mahu dia memang boleh menjadi seseorang yang menakutkan.

Oleh sebab Ning Xi harus terus pergi ke pasukan drama nanti, dia telah memakai pakaian kasual biasa dan rambutnya hanya diikat tocang. Secara keseluruhannya, dia berpakaian agak kemas.

Tetapi, Lu Chongshan tidak sedar tentang hal kecil seperti itu. Kepalanya hanya dipenuhi dengan fikiran yang gadis yang berdiri di hadapannya ini berniat jahat kerana dia telah bersubahat dengan kedua-dua anak lelakinya untuk melarikan cucu kesayangannya semalaman!

Berani betul perempuan ni!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag