Lu Jingli mengeluh, "Pakar psikologi pun ada mengatakan hal yang sama, tapi Si Cilik langsung tak nak keluar dari kediaman lama ni. Saya mengagak yang dia pasti sedang tunggu kamu bawa dia balik ke rumah!"
Mendengar kata-kata itu, hati Ning Xi bertambah pedih.
"Masalahnya sekarang, keputusan ini terlalu berat untuk saya lakukan. Saya tak berani nak benarkan kamu..."
Lu Jingli baru saja berfikir apa yang patut dia lakukan bila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.
Ada mesej daripada abangnya---
[Kalau dia nak bawa Si Cilik pergi, biarkan dia.]
Wah! Abangnya berjaya meneka fikiran Ning Xi sekali lagi! Lu Jingli betul-betul tergamam.
Sebaik saja dia menerima mandat itu, Lu Jingli menukar fikirannya dan berkata, "Xiao Xi Xi, bawa saja dia pergi! Bawa dia ke mana saja yang kamu mahu. Tak apa! Saya akan tinggalkan dia di bawah jagaan kamu sekarang!"