"Dr. Qin cakap dia ada kemurungan sikit." Jawab Lu Jingli dengan nada yang berat.
"Kemurungan? Kenapa dia tiba-tiba ada kemurungan? Macam mana keadaan dia sekarang?"
Selama beberapa hari dia tidak mendengar apa-apa khabar berita daripada keluarga Lu, dia fikir yang tidak ada khabar berita bermakna segala-galanya baik-baik saja. Dia fikir Si Cilik sudah betul-betul sembuh di bawah jagaannya. Berdasarkan apa yang dia tahu tentang reaksi kanak-kanak itu, Si Cilik boleh memberontak kalau dia mahu. Kalau Lu Jingli dan yang lain mencarinya dengan lebih awal, keadaan tidak akan jadi seperti ini...
"Sekarang keadaan dia semakin teruk walaupun kami dah panggil ramai doktor ke mari. Xiao Xi Xi, kamu harus datang tengok Si Cilik secepat mungkin!"
"Mana Si Cilik sekarang?"
"Di kediaman lama. Tempat Mak dan Ayah saya tinggal!"