Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 271 - Tiada Siapa Mampu Mengganti Orang Saya Suka

Chapter 271 - Tiada Siapa Mampu Mengganti Orang Saya Suka

"Lu Tingxiao, saya dah pernah beritahu kamu dari awal lagi, saya dah ada orang yang saya sangat, sangat, sangat suka! Walaupun ada sebab kenapa saya tak boleh bersama dengan dia, dia akan kekal di dalam hati saya selama-lamanya. Dia memenuhi setiap ruang hati saya sehingga tak ada siapa pun yang mampu mengganti tempatnya. Memang dah tak ada ruang untuk orang lain. Walaupun orang itu lebih hebat dan sempurna, dia masih lagi tak boleh diganti, kamu faham tak?" Laju Ning Xi mengeluarkan kata-kata.

Setiap patah perkataan yang muncul dari mulut Ning Xi membuatkan badan Lu Tingxiao kaku. Wajahnya kosong. Dia menyentuh dagu Ning Xi dan cuba menidakkan, "Bohong! Ning Xi, kamu bohong!"

Ning Xi mengangkat dua jari dan menatap mata lelaki itu dengan yakin. "Kalau macam tu, saya bersumpah yang kalau saya bohong, saya tak akan jadi terkenal seumur hidup saya, saya akan dipanah petir dan guruh, saya akan dilanggar kereta..."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag