Di bawah jambatan, cahaya tanglung-tanglung menerangi kawasan itu. Angin bertiup lembut sewaktu gadis muda itu mengucup bibir budak lelaki yang sedang terpaku. Kucupan yang terpisah dengan sebuah topeng muka...
Tanpa disangka, adegan ini lebih indah dan mengharukan berbanding ciuman secara terus...
"Cut! Bagus!" Guo Qisheng kembali sedar dan menghentikan adegan itu.
"Boleh tahan, Ning Xi. Cara kamu mengendalikan hal ini dengan menyembunyikan separuh muka kamu sebenarnya membuahkan hasil yang lebih bagus!" Puji Guo Qisheng. Ahli krew yang lain juga menganggukkan kepala mereka dengan setuju.
"Pengarah, asalkan kamu puas hati, saya dah gembira." Ujar Ning Xi sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. Tak guna kau! Saya hanya melakonkan sebuah adegan bercium, bukan adegan jenayah, tapi saya terpaksa berlakon sampai saya rasa penat fizikal dan mental!"
Matanya tanpa sedar beralih ke satu arah...