"Siapa yang datang?" Jiang Muye tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya. Dahinya berkerut seribu.
Zhang Rui tergesa-gesa menjelaskan kepada mereka, "Sebentar lagi, Lu Tingxiao CEO Syarikat Lu akan datang untuk tengok penggambaran ini. Pengarah dah pergi sambut dia. Saya tak rasa yang saya perlu jelaskan betapa pentingnya penggambaran ini, kan? Pastikan yang kamu berdua buat yang terbaik, okey?"
Ning Xi terpaku. "Lu Tingxiao? Pembantu Pengarah, kamu yakin kamu tak salah orang? Kamu maksudkan Lu Jingli, kan?"
"Tak, saya tak salah orang! Lu Jingli pun datang! Cepat bersedia!" Zhang Rui cepat-cepat beredar dan pergi memberi amaran kepada ahli krew yang lain.
Ning Xi menoleh ke arah Jiang Muye dan berkata, "Si Rambut Perang, saya salah dengar ke? Adakah Pembantu Pengarah cakap yang Lu Tingxiao datang ke sini?"