"Mesyuarat ditangguh."
Dengan hanya dua perkataan, Lu Tingxiao mencapai telefon bimbitnya dan berjalan keluar dari bilik mesyuarat.
Ning Xi yang sedang menunggu Lu Tingxiao membalas mesejnya terkejut bila lelaki itu menelefonnya.
Selepas memberitahu Xiao Tao yang dia ingin mengangkat panggilan itu, Ning Xi cepat-cepat mencari sebuah sudut yang kosong untuk bercakap.
"Helo..."
"Saya baca mesej kamu." Lu Tingxiao kedengaran ceria.
Ning Xi menguis jubin seramik di dinding dengan kukunya. "Oh."
Sewaktu dia menghantar mesej itu, dia langsung tidak berfikir panjang. Tapi, kenapa dia berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena?
"Cemburu?" Suara Lu Tingxiao yang garau kedengaran di hujung talian.