Ning Xi mengecilkan matanya selepas mendengar kata-kata Zhao Mei Xin.
Ini bukan kali pertama dia mendengar orang mengatakan yang Lin Zhizhi membenci artis sepertinya.
Tak mungkin dia tak ambil kisah.
Lagipun, ini adalah orang yang akan bertarung bersamanya dalam peperangan ini pada masa akan datang. Kalau dari awal lagi prinsip mereka tidak serasi, bagaimana mereka akan terus bekerjasama nanti?
Lin Zhizhi perasan kerisauan yang terpancar di mata Ning Xi. Dia memandang Zhao Meixin dan berkata dengan tegas, "Nampaknya, Kak Meixin salah faham sesuatu tentang saya. Semua orang tahu yang rupa yang cantik adalah satu kelebihan dalam industri ini. Ia adalah tiket emas daripada Tuhan, satu-satunya benda yang orang minta tapi tak akan dapat, jadi kenapa saya nak benci?"
"Apa yang saya benci adalah orang yang ada rupa, tapi tak ada kesedaran dan profesionalisme. Semua orang sukakan benda yang cantik, saya pasti yang Kak Meixin paling faham tentang ini, kan?"