Ning Xi kelihatan malu mendengar kata-kata Lu Tingxiao. "Apa? Tak payahlah, malam-malam buta pergi ke hospital sebab terlebih makan sangat memalukan!"
"Muka kamu lebih penting daripada badan kamu ke?" Sambil bercakap, Lu Tingxiao mencapai dompet dan telefon bimbitnya. Selepas itu, dia cepat-cepat mengangkat Ning Xi dan merangkul pinggangnya.
Ning Xi serta-merta melambaikan tangannya. "Ergh... Lu Tingxiao... Tak... Tukar ke posisi lain... Mungkin lebih baik kalau kamu cuma tolong saya jalan perlahan-lahan... Posisi ni buat saya lebih tak selesa..."
"Kamu..." Lu Tingxiao berasa marah berbaur prihatin. Dia hanya mampu menurunkan Ning Xi semula dan membantu gadis itu berjalan keluar dengan berhati-hati.
Sebaik sahaja mereka tiba di bilik kecemasan hospital, baju dan rambut Ning Xi sudah basah dengan peluh.