Ning Xi mengedipkan matanya melihat sejambak besar bunga lili putih itu dan dia mengambilnya tanpa sedar.
Kemudian, pelayan masuk seorang demi seorang untuk menghamparkan kain alas meja dan meletakkan pemegang lilin. Dalam masa lima minit, mereka sudah menyediakan sebuah makan malam romantik. Pelayan-pelayan yang sudah dilatih dengan teliti itu menunduk hormat sebelum berlalu dari situ.
Jadi, ini rupanya maksud Lu Tingxiao bila dia mengatakan yang mereka patut makan di sini sahaja.
Dia fikir lelaki itu bermaksud memasak di rumah!
Dia terlalu naif!!!
Tadi dia nampak yang uniform pelayan-pelayan itu disulam dengan tulisan "Bilik Merah". Bilik Merah ialah sebuah restoran peribadi yang terkenal di dalam lingkaran aristokrat Kota Raya B. Ia hanya memasak untuk satu meja sahaja setiap hari dan tempahan sudah tersenarai sehingga tahun depan.