Perempuan itu tidak mahukan wang atau apa-apa barang berharga. Jadi, kenapa dia mengganggunya?
Dia betul-betul malang kerana sudah bertemu dengan orang gila seperti ini!
Tetapi, dia tidak tahu yang hal lebih buruk masih belum berlaku...
Ning Xi tiba-tiba teringatkan sesuatu dan menepuk kepalanya sendiri. Dia mengingatkan wanita di dalam talian, "Ah, betul juga, nanti saya akan hantar rakaman dia bercakap dengan kawan-kawan sampahnya. Ia akan buktikan yang dia memang ada hubungan sulit!"
"Kenapa kamu tak nak dapatkan wang daripada perceraian itu? Kepala kamu dah terhantuk sesuatu ke? Dapatkan apa yang sepatutnya kamu dapat dan jangan kurang satu sen pun! Faham?"
"Ya... ya, saya faham!" Wanita itu terpukau dengan aura Ning Xi dan menjawab tanpa sedar.