Teknik Ning Xi begitu sempurna. Pergerakannya begitu semula jadi dan lancar, seolah-olah dia sudah melakukannya banyak kali...
Akhirnya, dia meletakkan sebelah kakinya di belakang badan lelaki itu dan meletakkan sebelah tangan di lututnya. Jin yang menggoda tadi sudah bertukar sepenuhnya kepada seorang samseng. "Beri telefon kamu kepada saya!"
Lelaki keparat itu sudah dipukul sehingga dia tidak mampu berfikir dengan waras. Dia tidak ada kekuatan untuk melawan dan selepas mendengar kata-kata Ning Xi, dengan pantas dia merayu, "Ada dalam poket saya. Dompet saya pun ada di situ. Ada cincin di dalam dompet saya, semuanya milik kamu! Tolong jangan bunuh saya, Wonder Woman!"
Dia langsung tidak terfikir yang dia akan dirompak ketika sedang mengurat gadis! Dan perompak itu sangat jelita! Melihat kemahiran dan aura membunuh gadis itu, dia tahu yang gadis itu seorang profesional!