Tidak lama selepas Lu Tingxiao berangkat ke tempat kerja, Ning Xi masih lagi kaku di tempatnya. Jari-jemarinya tanpa sedar menyentuh dahinya yang dikucup lelaki itu tadi. Ia masih terasa hangat membara...
Walaupun ia hanya sebuah kucupan di dahi dan dia sememangnya pernah mencium lelaki itu secara rahsia sebelum ini, ia masih lagi dianggap sebagai kucupan pertama yang berlaku ketika kedua-dua mereka berada di dalam keadaan sedar sepenuhnya.
Ketika ini, Ning Xi akhirnya faham...
Lu Tingxiao sememangnya tahu tentang strateginya tadi, jadi dia sudah menukar taktik!
Kalau dia terus berpura-pura seperti sebelum ini, segalanya pasti baik-baik sahaja. Tetapi, apa yang patut dia lakukan kalau lelaki itu sudah tidak menyembunyikan perasaannya lagi dan bertukar daripada kegelapan kepada cahaya?
Tak guna! Segalanya dah berakhir!
Dia betul-betul tak dapat mengalahkan lelaki itu!